Adib, Izara Aishah umum tarikh kahwin


Adib Khalid dan Izara Aishah yang sudah bertunang pada bulan Julai lalu, kini telah mengumumkan tarikh pernikahan mereka yang akan berlangsung pada 17 November ini.

Pengumuman tarikh penuh bermakna ini telah pun disahkan oleh Adib Khalid. Majlis akad nikah tersebut akan diadakan di dalam satu majlis tertutup dengan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terapat sahaja.

Manakala majlis resepsi sebelah pengantin lelaki akan diadakan 2 hari selepas majlis pernikahan selesai. Kata Adib Khalid:-

Pada masa ini, segala persiapan sedang giat kami lakukan dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Doakan majlis kami berjalan sempurna seperti mana yang kami rancangkan ” kata Adib memetik Utusan Online.

Post Yang Mungkin Menarik

Komen Anda..

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Takl Boleh Curikkk, Setan !!