Aishah Dangdut buat kejutan…


Penyanyi dangdut dan juga ahli politik, Aishah membuat pengakuan yang dia kini bakal berkahwin setelah 3 kali bercerai. Kali terakhir berumahtangga pada tahun 2011 yang lalu dengan suaminya yang ke-3.

Memetik portal mStarOnline, Aishah memberitahui yang dia sudah berkahwin tahun ini, tapi enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai hal itu dari cerita bila dan siapa suaminya.

“Ya, benar saya sudah kembali berumah tangga dan cukup setakat itu sahaja saya dedahkan,” katanya.

Menerusi dua perkahwinan pertamanya, Aishah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Armand Azhari, 24, dari perkahwinan pertama yang dirahsiakan dan Azhad Ahlami, 19, menerusi perkahwinan kedua dengan Muhammad Abdullah pada 1997 sebelum sah bercerai pada 2005.

Aishah kemudiannya berkahwin dengan Faizal Sazali Zulkifli pada 2010 namun bercerai setahun kemudian.

Post Yang Mungkin Menarik

Komen Anda..

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Takl Boleh Curikkk, Setan !!