Aisyah Aziz kini berambut ’emas’!


Penyanyi, Aisyah Aziz, mengakui tidak mudah melatah dan bersikap marah apabila ada pihak yang mengecam dirinya yang selalu menukar-nukar imej.

Terbaru Aisyah mewarnakan rambutnya menjadi kuning aka emas (gold).

“Mereka (netizen) boleh bercakap apa saja yang diinginkan. Tetapi, cakap-cakap itu sedikit pun tidak mengubah diri ini. Saya akan tetap menjadi diri sendiri dan pada masa sama menjaga batasan sepatutnya.

“Jujurnya, saya langsung tidak melatah dan percaya, lama-lama mereka akan berdiam juga. Kalau saya balas, bimbang ia semakin menjadi-jadi pula,

“Saya seorang yang suka berkarya dalam pemakaian harian atau kata orang, ‘mix and match’.

“Begitu juga dengan rambut, saya suka mencuba pelbagai warna mengikut gerak hati. Apabila menjadi diri sendiri, saya lebih yakin dan secara tak langsung sebenarnya masyarakat lebih mudah menerima kita,” katanya kepada BH Online.

Post Yang Mungkin Menarik

Komen Anda..

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Takl Boleh Curikkk, Setan !!