Hafiz Hamidun failkan perceraian, Joy harus sedar!


Akhirnya kemelut rumahtangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa bakal terjawab apabila Hafiz memfailkan perceraiannya hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

Memetik HarianMetro, tidak wujud persefahaman antara mereka adalah antara alasan yang diberikan oleh Hafiz dalam pernyataan samannya selain mendakwa Joy Revfa melawan dan mengingkari segala suruhannya sebagai suami termasuk menjatuhkan imej dan reputasinya.

“Joy juga menyusahkan saya selepas bernikah kerana gagal memberi sijil cerai dengan bekas suami yang mana menyebabkan status perceraian mereka hanya diselesaikan pada 10 Oktober lalu,

“Banyak isu tergantung ketika perkahwinan dengan bekas suaminya. Pihaknya (Joy Revfa) mendapat hikmah daripada keputusan mahkamah Selasa lalu dan banyak perkara dapat diselesaikan.

“Keadaan itu sebelum ini memberi impak kepada hubungan kami,

“Sebenarnya saya tidak berminat langsung dengan apa yang dia luahkan dalam media sosial. Saya tidak mahu layan apa yang dia cakap kerana kenyataannya tidak berasas dan ia lebih kepada emosi,” katanya.

Berhubung dakwaan Joy Revfa yang mereka pernah ‘bersama’, Hafiz berkata, wanita itu patut waras dan sedar dengan apa yang diperkatakannya.

Post Yang Mungkin Menarik

Komen Anda..

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Takl Boleh Curikkk, Setan !!