Jalaluddin Hassan bakal berkahwin, ini orangnya..

KUALA LUMPUR 09 OKTOBER 2017. Pelakon teater Bahara Emas, Jalaluddin Hassan, semasa sidang media di Auditorium DBP. NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI.


Selepas perginya isteri tercinta pada 5 November 2016 yang lalu, kini Datuk Jalaluddin Hassan atau Jalal dalam plan untuk berkahwin dengan seorang ibu tunggal

Jalal mengaku beliau kini berkawan dengan wanita empat anak berkenaan, yang dikenali menerusi laman sosial sejak Ramadan tahun ini.

“Kami berkenalan menerusi Facebook dan kali pertama saya menegurnya adalah pada Ramadan lalu apabila mengucapkan selamat berpuasa kepadanya.

“Hanya pada Aidilfitri baru kami ada peluang bertemu, pada sebuah acara rumah terbuka. Tak sangka, dia adalah adik kepada kawan saya,

“Saya kagum dengan semangatnya membesarkan anak-anak, selain menjaga ibunya yang kurang sihat,” katanya memetik BharianOnline

Tambah Jalal lagi, ayahnya juga menyarankan agar dia kahwin cepat.

“Saya dah bersedia untuk kahwin tapi saya mahu tunggu cukup tempoh setahun lepas kematian arwah isteri saya.

“Tapi kalau nasihat ayah saya, sekarang juga dia mahu saya kahwin,” kata Jalal memetik mStarOnline

Post Yang Mungkin Menarik

Komen Anda..

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Takl Boleh Curikkk, Setan !!