Keadaan terkini Datuk Jalaluddin Hassan

Ditimpa musibah sesak nafas pada hari Isnin lalu di TV alHijrah, dan di tahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama 3 hari, Datuk Jalaluddin Hassan sudah mula resah kerana kerjayanya yang tertangguh disebabkan kesihatannya ini.

Datuk Jalaluddin Hassan mahu berehat di rumah atas kebenaran doktor yang merawatnya.

“Jujurnya dekat hospital tidak boleh berehat pun kerana ramai orang datang melawat, kalau di rumah selesa sikit.

“Saya sendiri minta doktor untuk pulang dan mereka benarkan tetapi dengan syarat saya perlu berehat dan kembali ke hospital untuk rawatan susulan.

“Sebenarnya bimbang juga sebab saya bakal terlibat dalam sebuah pementasan teater dan latihan pun masih belum dilakukan,”

“Alhamdulillah kesihatan saya semakin pulih dan kalau duduk lama-lama di rumah pun mungkin saya rasa bosan dan hilang semangat.

“Tambahan pula saya bakal muncul dengan pementasan teater Bahara Emas dan setakat ini latihan pun belum sempat dilakukan.

“Saya tidak mahu menarik diri kerana bimbang akan menggangu perjalanan produksi tetapi akan minta mereka menyesuaikan kembali jadual kerana saya masih perlu membuat rawatan susulan di hospital,” katanya kepada mStar Online

Post Yang Mungkin Menarik

Komen Anda..

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Takl Boleh Curikkk, Setan !!