Majlis pertunangan Sufian, Elfira dikecam!


Majlis pertunangan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy pada Jumaat lalu yang dilihat cukup gah umpama acara perkahwinan, mengundang kecaman netizen.

Bukan sekadar mendapat tajaan beberapa pihak, malah majlis di kediaman keluarga Elfira turut menyaksikan mereka mengenakan dua pasang pakaian, selain bersanding di atas pelamin yang berhias cantik.

Sufian enggan melatah dengan pandangan negatif dan kritikan orang ramai terhadap majlis cukup bermakna buat dirinya dan Elfira itu.

“Mengikut perancangan awal, kami memang mahu mengadakan majlis bertunang secara kecil-kecilan, dengan hanya membabitkan insan terdekat seperti keluarga masing-masing.

“Bagaimanapun, Elfira sudah lama berada di pentas seni, jadi ramai juga kenalan rapatnya termasuk artis dan rakan media dijemput. Justeru, liputan yang diterima cukup meluas.

“Majlis itu sendiri kelihatan gah dan meriah apabila ada banyak pihak sudi bekerjasama. Acara itu akhirnya menjadi lebih besar daripada apa yang dirancang,” kata Sufian memetik BharianOnline

Post Yang Mungkin Menarik

Komen Anda..

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Takl Boleh Curikkk, Setan !!