Rozita Che Wan kena tipu RM50,000, malas nak buat report polis!


Jangan silap, orang kaya juga pernah kena tipu dengan melibatkan wang dalam jumlah yang banyak. Itulah yang terjadi kepada Rozita Che Wan, yang mengakui pernah ditipu oleh seorang ‘businessman’ bergelar datuk berkaitan produk minyak wangi syarikatnya.

Difahamkan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal adalah mangsa yang sama oleh Datuk berkenaan juga membabitkan penghasilan minyak wangi.

“Saya ingat, saya boleh mempercayai dirinya. Tetapi rupa-rupanya dia berniat jahat apabila menipu saya hingga mengalami kerugian sebanyak RM50,000.

“Bayangkan, banyak duit yang diperolehnya dengan hasil penipuan. Malah, dia boleh tukar kereta mewah, tambah isteri dan macam-macam lagi dengan hidup menipu orang.

“Saya akhirnya memutuskan untuk menghalalkan saja. Insya-Allah, saya reda. Biarlah hidupnya tidak senang kerana menyusahkan orang dan semoga dia juga akan berubah,”

“Begitupun, walaupun tiada kontrak mahupun perjanjian secara hitam putih, bukti pembayaran tetap ada (RM50,000).

“Saya malas hendak menghebahkan perkara ini, apatah lagi membuat laporan polis kerana silap saya juga apabila tidak mempunyai dokumen yang sepatutnya.

“Merayu dan meminta pun tak diendahkannya. Tak apalah, doa orang yang teraniaya selalunya dimakbulkan,” katanya memetik BharianOnline.

Post Yang Mungkin Menarik

Komen Anda..

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Takl Boleh Curikkk, Setan !!